08 August 2011

Pais Hati Ikan Pari

Beberapa hari yang lepas, time hubby baru balik dari umah mak beliau, mak mertua ada bekalkan makanan seperti di bawah untuk kami berbuka. ianya berbungkus dengan daun pisang dan di bakar.ingatkan ikan bakar ke ape.. pelik! ni la 1st time tengok makanan ini. Tanya hubby apa namanya..hubby jawab “pais”.. ermm pelik lagi.. tak puas hati terus kol mak mertua.. tanya nama makanan ini.. jawapan beliau = “PAIS” jugak.. ejaan nya aku tak pasti.. tp bunyi nyer mcm tu la.. heheh korang penah makan?


Ini “pais” hati ikan pari.. bau+rasa mcm ada ghoper rendang jer..tp mmg sedap! Tak sabar nak belajar dr mak mertua nak masak “pais”ni.. agak2 kat bazar ramdhan ada jual ke ek? heheh

01 August 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak





…kepada semua blogger… J



· Selamat berpuasa..


· Selamat berbuka..


· Selamat menunaikan Solat tarawikh..


· Selamat bertadarus Al-Quran..


· Selamat menunaikan Zakat sebelum raye..


· Selamat mengerjakan amal ibadat dalam bulan puasa..




Semoga amalan kita dalam Bulan Ramadhan ini mendapat ganjaran dan hidayah dariNya.. :)

21 July 2011

batuk.. uhukk..uhukk

dah 3 minggu aku batuk tak ilang2.. ubat dah berbotol makan.. sejak balik dari bercuti kat sabah ujung bulan lepas, aku batuk sampai sekarang.. penat! sakit badan,dada dan kerongkong nie..takde kahak.. mcm batuk sesajer jer.. uhuk..uhukk aku batuk lagi.. aishh! bile la agaknya nak baik nie? minum ais tak..mkn rambutan tak..makan keropok cekedis pun idak juge.. uhuk..uhuk..


Berikut adalah di antara petua yg aku google kat tenet untuk mengurangkan batuk;



  • Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.

  • Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.

  • Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.
    Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.

  • Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.

  • Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.

  • Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.

    p/s: aku amalkan petua yg last tu..tp kedai kat umah tu, jarang ada limau la plak.. uhukk..uhukk.. ;(

01 May 2011

Pokok Bermata Satu



cuba perhatikan pic kat atas..apa yang nampak pelik sket?

30 April 2011

keJUJURan





Hari ini dalam sejarah bile buat pertama kalinya hp aku tercicir di tengah jalan.kehilangan hp tu di sedari ketika tiba di rumah. puas cari tak jumpe. cuak dan risau yang amat. hp tu hubby hadiahkan sempena enebesri last year.


hati berkata : "baik ko cari dulu hp tu..mana tau terselit dlm beg"..

cari tak jumpe juga... haisshhh! aku dah risau tahap gaban nie.. mana la pegi hp nie??? amik hp hubby try kol... -tak berjawab- try lagi sekali.. ada lelaki jawab...


aku: hello... siapa ni?

lelaki jujur: maaf cik, tuan punya hp ni terciicr hp nyer. pakcik terjumpa kat Presint 20..ptrjaya.
(kat kawasan kubur tercicirnya) time senja plak tu... huhuhu

aku: (dlm hati: oowwhh lega) maaf pakcik..saya tuan punya hp tu..pakcik kat mana? saya nak datang amik hp saya nie.

lelaki jujur: oohh.. pakcik nak g alamanda..kita jumpa kat sana jer boleh? kat bowling..
aku: ok pakcik..saya tunggu kat sana ok. asslamaualikum :)


bila dengar je yang beliau akan pulangkan hp tu, lega sungguh hati ini.. masa tu masih dok fikir lagi... "harap2 org ni tak tipu"...
capai kunci kete, terus menuju ke Alamanda sorang diri.. nak ajak hubby..dia tgh mandi... arrghhh lambat! misi utama my Handphone! itu je yg ada dlm kepala ni.
akhirnya aku berjumpa seorang lelaki dlm lingkungan 30an yang sedang mendukung kanak2 perempuan. beliau pulangkan hp kesayangan ku itu... yeayy!! syukur sgt2... hanya ucapan terima kasih tak terhingga yang mampu aku di ucapkan pada beliau..
dalam perjalanan pulang, aku berdoa agar insan jujur itu akan sentiasa dlm Rahmat Allah. moga beliau mendapat ganjaran pahala dr Allah... amin..


thanks pakcik a.k.a abang yang jumpe hp saya tadi (muda lg rupanya dia) hehehehheeh :P